Penjualan Diges Pendidik

~ SUMBER ILMU PARA PENDIDIK ~

Diges Pendidik diterbitkan dua kali setahun oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Penerbitannya bertujuan untuk memenuhi keperluan dan minat para pendidik dalam bidang keguruan melalui penyebaran hasil penyelidikan, pertukaran idea serta pengalaman dalam profesion berkenaan. Usaha ini diharap dapat mempertingkat kualiti pengajaran pelbagai institusi pendidikan untuk kepentingan pendidikan di Malaysia amnya. 

Sila hubungi Pn. Rogayah Meh (04-6535409) untuk keterangan lanjut serta pembelian.