Advance Guidance Education System (AGES)

Program Advance Guidance Education System (AGES) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Bimbingan dan Kecemerlangan Pelajar telah ditubuhkan pada tahun 2006, dikendalikan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia melalui Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA). 

AGES diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid sekolah disekitar kawasan Universiti Sains Malaysia belajar dalam suasana universiti yang kondusif dan menarik. Program ini juga telah dirangka dengan pelbagai aktiviti luar kelas termasuk kem motivasi, rekreasi, explorace dan bengkel teknik menjawab soalan khas untuk membimbing murid bagi menghadapi peperiksaan. Selain itu, ia memberikan penekanan terhadap aspek pembinaan jati diri yang positif bagi melahirkan masyarakat yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa hadapan.

Sekolah Rendah          : Darjah 4 Hingga 6

Sekolah Menengah     : Tingkatan 1 hingga 5
 
 
SUBJEK
 

Sekolah

Subjek

Sekolah Rendah

(Darjah 4 Hingga 6)    

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains

Sekolah Menengah

(Tingkatan 1 hingga 3)           

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains

Sekolah Menengah

(Tingkatan 4 hingga 5 -Sains Tulen)

  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik

Sekolah Menengah

(Tingkatan 4 hingga 5 - Sastera Ikhtisas)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
 
 
YURAN
Pendaftaran : RM 10 setahun
Darjah 3 Hingga 6 : RM 60
Tingkatan 1 hingga 3 : RM 70
Tingkatan 4 hingga 5 : RM 75
 
 
HARI & MASA
 
Sabtu : 2.00 - 5.30 petang
Ahad : 9.00 - 12.30 tengahari 
 
Sila hubungi En. Muhammad Asra Rosnan (013 4254713) dan Pn. Siti Salina (013 5994738) untuk keterangan lanjut.
Borang  pendaftaran boleh dimuat turun di sini : icon download