Program Sijil Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah merupakan asas yang sangat penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak. Semua guru yang mengajar di Pusat Prasekolah dan Tadika perlu mempunyai kelayakan dan latihan profesional demi memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan awal yang berkualiti. Hal ini akan menjamin perkembangan personaliti dan intelek kanak-kanak dengan cara holistik dan seimbang.

Sejak tahun 1994, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) telah menawarkan program Sijil Perguruan Prasekolah kepada guru-guru dan bakal guru prasekolah dari seluruh Malaysia. Program ini memberikan latihan yang komprehensif dalam aspek-aspek perguruan pendidikan prasekolah, teknik-teknik mengajar berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan cara-cara mengesan dan menilai masalah pembelajaran kanak-kanak. Konsep Pendidikan Prasekolah yang ditekankan ialah “BELAJAR Melalui BERMAIN”

Brosur dan borang pendaftaran boleh dimuat turun di sini : icon download