PROGRAM SIJIL PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan khas adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam sistem pendidikan di dunia dan Malaysia. Hal ini akan menjamin perkembangan personaliti dan intelek kanak-kanak pendidikan khas. Pendidikan khas memerlukan pendekatan dan pemahaman yang khusus serta pengesanan dan juga intervensi awal. Selain itu, pemahaman dari masyarakat sekeliling juga diperlukan. Program ini bertujuan untuk  memberi ilmu dan pemahaman mengenai keperluan serta pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas. 

*Borang pendaftaran boleh dimuat turun di sini : 

Brochure Sijil Pendidikan Khas front new-1

 

Brochure Sijil Pendidikan Khas back new

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INKUIRI DAN BERSEPADU PRASEKOLAH

Strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri berlaku dalam situasi penyelesaian masalah. Kanak-kanak mengarap pengetahuan/pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, menghubung kait dan mempelajari pengetahuan baru. Murid berinteraksi dengan persekitaran melalui tinjauan, manipulasi objek, menangani persoalan dan kontroversi atau melakukan uji kaji. Strategi pengajaran dan pembelajaran bersepadu pula membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar, iaitu sesuatu itu saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya terpisah-pisah. Aspek yang boleh disepadukan adalah antara tunjang dan tunjang, teori dan amali, kemahiran dan kemahiran, kemahiran dan nilai, kaedah dan teknik, pengalaman sedia ada dan baru, aktiviti berfokus guru dan murid, aktiviti dalam dan luar kelas.   

*Borang pendaftaran boleh dimuat turun di sini :

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FRONT

 

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  BACK

KENALI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan individu yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai ibu bapa, ahli keluarga, guru, mahu pun masyarakat amnya, kita perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai kanak-kanak istimewa ini. Dengan pengetahuan asas yang bakal dimiliki menerusi kursus 2 hari ini, anda akan berupaya membantu golongan istimewa. Tanpa bantuan, insan istimewa ini akan terus ketinggalan daripada segala aspek kehidupan.

Sepanjang program ini, peserta akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai ciri-ciri dan tingkah laku lazim kanak-kanak berkeperluan khas, cara untuk melayan karenah mereka yang pelbagai dan cara untuk membantu mereka di rumah. Peserta kursus ini juga akan didedahkan dengan pengetahuan cara mengenali potensi kanak-kanak berkeperluan khas kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga mampu menonjolkan diri dalam bidang mengikut kebolehan dan potensi yang ada dalam diri mereka.

*Borang pendaftaran boleh dimuat turun di sini :

 Kenali Kanak-kanak Berkeperluan Khas  FRONT

 

Kenali Kanak-kanak Berkeperluan Khas BACK

MENSTRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS MENGGUNAKAN BOARD GAME

Bermain merupakan satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid-murid kerana memberi banyak keseronokkan kepada mereka. Belajar merupakan satu aktiviti yang sering membosankan murid-murid. Justeru apabila kedua-duanya digabungkan iaitu belajar sambil bermain, ia mampu menjadi satu aktiviti yang digemari yang mampu memberi keseronokan dan kepuasan kepada murid-murid. Selain itu, melaluinya, minat, motivasi dan kreativiti murid-murid mampu ditingkatkan. Penggunaan permainan dalam pembelajaran akan menjadikan murid-murid aktif dalam pembelajaran serta mampu menghilangkan rasa bosan dan tekanan semasa belajar. Murid-murid akan dapat bersosial, bergerak aktif dan bekerjasama bersama rakan dalam mencari maklumat dan penyelesaian.

Oleh itu, kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan cara pembinaan permainan Board Game (papan permainan) dengan menggunakan bahan mudah, murah dan terpakai. Ia juga memberi pendedahan penggunaan permainan yang direka cipta dalam bilik darjah. Adalah diharapkan dengan pengetahuan yang bakal dikongsi ini, peserta berupaya menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menarik untuk dipelajari.

*Borang pendaftaran boleh dimuat turun di sini :

Menstrategi-Pengajaran FRONT

 

 

Menstrategi-Pengajaran- BACK

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Bahasa dan komunikasi merupakan dua elemen penting bagi setiap manusia. Kedua-dua elemen penting ini bermula semenjak zaman kanak-kanak lagi dan akan terus berkembang. Namun, terdapat kanak-kanak yang mengalami kelewatan bertutur atau pun menghadapi masalah untuk bertutur dan berkomunikasi. Bagi ibu bapa dan guru, pengetahuan mengenai masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak berupaya membantu anda untuk membantu kanak-kanak ini kerana anda merupakan insan yang sentiasa berada rapat dengan kanak-kanak ini.

Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan ciri-ciri kanak-kanak tersebut, membimbing peserta cara membantu kanak-kanak masalah bahasa dan komunikasi, dan seterusnya mengenali potensi diri kanak-kanak tersebut. Adalah diharapkan dengan pengetahuan yang bakal dikongsi ini, peserta akan berupaya membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi.

*Borang pendaftaran boleh dimuat turun di sini :

Masalah-Bahasa-dan-Komunikasi FRONT

 

Masalah-Bahasa-dan-Komunikasi- BACK