• BANNER AGES2020

  • BANNER COUNSELLING 01

  • BANNER STEP BY STEP

  • banner HalalBiz

Pengenalan

bangunan uppa
 
TERAS DAN FUNGSI UPPA SEBAGAI UNIT KECEMERLANGAN PPIP

Kewujudan UPPA sebagai pusat penyelidikan pendidikan dapat mengembangkan dan meningkatkan keupayaan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan secara khusus dan USM secara amnya sebagai sebuah universiti bertaraf APEX dalam menerajui perkembangan dan kelestarian aktiviti penyelidikan pendidikan asas. Unit ini berupaya menyediakan kepakaran dalam pelbagai disiplin, sumber dan prasarana untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan secara kolaboratif serta meningkatkan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan penyelidikan pendidikan dalam kalangan kakitangan akademik, pelajar dengan organisasi luar di peringkat nasional dan antarabangsa. Sehubungan dengan itu, UPPA akan menjadi satu platform atau pelantar bagi menganjurkan diskusi ilmiah atau intelektual (intellectual discourse) bagi menggalakkan aktiviti pengkayaan teori dan aplikasi penyelidikan pendidikan. Perkhidmatan yang ada diharapkan akan menjadi satu kekuatan kepada UPPA untuk menjadi sebuah unit kecemerlangan penyelidikan dan perundingan pendidikan di peringkat nasional dan serantau.